Khairy: Zaman BN harmoni, tiada kebebasan keterlaluan

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bimbang melihat kebebasan keterlaluan yang gagal dikawal oleh kerajaan.

Nur Hasliza Mohd Salleh – April 4, 2019 8:29 AM• 5 minute read https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/04/khairy-zaman-bn-harmoni-tiada-kebebasan-keterlaluan/

SEREMBAN: Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkongsi rasa rindu akan era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu tanpa kebebasan yang keterlaluan.

Beliau berkata, keadaan itu amat berbeza di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak 11 bulan selepas kemenangannya dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

“Hari ni wujud keadaan yang terlalu bebas, tiada kawalan. Tiada kawalan nak guriskan hati kaum dan agama,” kata Khairy dalam satu ceramah di Bandar Ekar di hadapan kira-kira 700 hadirin di sini, malam tadi.

Tambah beliau, meskipun sudah ada tindakan yang diambil ke atas pihak yang bersalah, keadaan masih belum berjaya dikawal dengan baik dan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat berbilang kaum gagal diatasi.

“Kita semua boleh rasa, kebebasan yang diberikan kerap disalahgunakan untuk menghina kaum dan agama.

“Di media sosial, komen macam-macam,” katanya dalam ceramah bagi membantu kempen calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dijadualkan 13 April depan.

Khairy, yang juga bekas menteri belia dan sukan, meminta penduduk mengekalkan kerusi DUN Rantau kepada calon BN, Mohamad Hasan bagi mempertahankan perpaduan dan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di kawasan itu.

“Undilah BN untuk perpaduan dan kestabilan. Kita semua mengenali siapa Tok Mat,” katanya, merujuk kepada Mohamad Hasan yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan dan dikenali dengan panggilan Tok Mat.

Khairy berkata, tidak ada keperluan untuk memilih pemimpin khusus untuk mewakili satu-satu kaum atau kelompok masyarakat tertentu.

“Tak perlu ada Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang berbangsa India (untuk mewakili masyarakat India). Undi Tok Mat, dia jaga Melayu, Cina, India dan semua.”

PRK Rantau menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara Mohamad dengan Dr S Streram yang mewakili PH dan 2 calon Bebas, Malar Rajaram serta Mohd Nor Yassin.

Terdapat 29,926 pengundi berdaftar di DUN berkenaan, dengan 55% daripadanya pengundi Melayu, India 26% dan Cina 19%.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 April, manakala tarikh mengundi awal pada 9 April.

0 thoughts on “Khairy: Zaman BN harmoni, tiada kebebasan keterlaluan

  1. Acticin Best Website Keflex Seismic Loop 2275 93 Amoxicillin Viagra Temps

  2. Kamagra Oral Jelly And Alcohol On Line Doryx Jenacyclin In Internet viagra Amoxicillin Dosage For Tooth Bromocriptine Buy Without Prescription Clobetasol Visa From Canada Next Day

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *